LAWATAN PALING BERMAKNA
Badan-badan kerajaan dan swasta, NGO-NGO, persatuan/pertubuhan, rumah-rumah kebajikan, masjid/surau & madrasah, institusi pendidikan, persatuan penduduk dan berbagai agensi dialu-alukan membuat kunjungan ke kompleks. Kunjungan seperti ini membolehkan pihak yang terlibat menyaksikan sendiri suasana persekitaran, kemudahan yang disediakan dan mendengar taklimat daripada salah seorang pengasas yang diberi amanah membangunkan KAHK.
Pengisian kerohanian dalam bentuk solat fardhu berjemaah, solat Dhuha berjemaah serta Qiyammulail (untuk peserta lawatan 2 hari) serta kuliah, tazkirah & tausiah menjadi pengisian asasnya. Zikir Munajat melibatkan setiap peserta sentiasa berkemundang disamping menadah tangan berdoa yang meruntun perasaan. Kunjungan yang penuh bermakna ini akan meninggalkan kesan yang mendalam sehingga dapat membantu mencorak semulakan kehidupan untuk menjadi insan pilihan akhiri hayat dalam Husnul Khatimah seterusnya dipilih menjadi ahli syurga.
Melengkapkan lawatan yang bermakna ini, para pelawat dibawa melawat ke Galeri Penjara Bentong bagi melihat dan membeli hasil-hasil tangan dan juadah sejuk beku. Juga dibukakan peluang untuk mengunjungi pusat konservasi gajah Jabatan Perhilitan, ternakan rusa di Deerland Farm serta mengunjungi tempat jualan halia Bentong yang viral itu.
Sebagai acara selingan (jika bertepatan dengan musimnya), pelawat boleh menikmati kelazatan durian Bentong yang popular itu.
Program kunjungan satu hari atau dua hari sila klik link di bawah:
_edited.png)












